Monday, December 4, 2017

ASBABUN NUZUL

AYAT 8

Diriwayatkan oleh Ibnu Mundzir yang bersumber dari Ibnu Jarir bahawa kata "asiiron" (orang yang ditawan) dalam surah Al-Insaan ayat 8 ialah tawanan kaum musyrikin yang disiksa, kerana Rasulullah SAW tidadk mungkin mempunyai tawanan kaum Muslimin. Ayat ini turun sebagai perintah kepada kaum Muslimin agar memperlakukan tawanan dengan baik dan memberi makanan yang disukainya.

AYAT 20

Diriwayatkan oleh Ibnu Mundzir yang bersumber dari 'Ikramah bahawa ketika Umar bin Al-Khattab menghadap Rasulullah SAW, kebetulan beliau sedang tidur di atas tikar pelepah kurma, sehingga bekasnya pun kelihatan pada badan beliau. 'Umar menangis melihat keadaan itu.' Beliau bersabda : "Mengapa engkau menangis ?" Umar menjawab : " Tuan telah menceritakan kemegahan Kisra (Persia) dan kerajaannya, Hurmuz dan kerajaannya serta raja Habsyah dengan kerajaannya. Sementara tuan sendiri, ya Rasulullah, tidur di atas tikar pelapah kurma." Rasulullah bersabda :"Apakah engkau tidak redha, dunia bagi mereka dan akhirat bagi kita?" Allah SWT menurunkan ayat ini berkenaan dengan peristiwa tersebut, yang menjanjikan kenikmatan di hari akhir.

AYAT 24

Diriwayatkan oleh 'Abdurrazaq, Ibnu Jarir dan Ibnu Mundzir yang bersumber dari Qatadah bahawa Qatadah menerima khabar tentang Abu Jahal yang berkata : "Jika aku melihat Muhammad sedah solat, aku akan meninjak tengkuknya." Berkenaan dengan peristiwa tersebut, Allah menurunkan ayat ini sebagai peringatan agar tidak mengindahkan apa yang diucapkan oleh orang kafir.